Saturday 20 October 2012

BELAJAR SAMPAI SYURGA

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi, setelah sekian lama menutup dan menyimpan kemas buku-buku di dalam almari kunci, kini aku nekad.. aku nekad untuk membuka kembali, membuka kembali buku-buku yang telah lama berhabuk untuk aku meneruskan misi menimba ilmu (belajar sampai syurga), kali ini misi ini bermula di sini, di UKM.

Hari pertama pengajian bermula, dan aku rasa karat-karat di otak dan kepala ku telah mula menghilang, otak aku sudah mula menunjukkan tanda-tanda untuk bergerak pantas berfikir. aku berdoa, aku berharap, dan aku yakin, aku akan dapat menghadapi segala cabaran semasa dalam tempoh pembelajaran ini dan seterusnya berjaya menggenggam segulung Ijazah, Insyallah.. Ameen.